Followers

26 Sep 2009

COLIC and some solutions

Kalau dh namanya baby@bayi tu, mmg tak sah la kalau perut tak masuk angin (walaupun ada juga sesetengah baby yg takda masalah colic lansung - hmm..bertuahnya mak dia). Org dewasa pun kalau perut masuk angin dah tarik muka 14 dah.Apa korang buat kalau perut korang kembung? Minum ENO, sapu minyak angin atau pun minum air halia.

Jadi org dewasa nih senang. Bleh bedal memacam ubat sbg eksperimen. Kalau baby ni, dah le dia takleh cakap. Reti nangih je. Masa memula tu menggelabah le juga aku ni apasal la anak aku asyik nangih je tak kira time. Tido tak lelap, pastu asal bangun je nangih.

Nak kata anak aku ada sawan tangis, mmg takde kot. Sbb ada gak time dia tak nangih contohnya time mandi, time tido memalam, time duduk dalam kereta dan time dia 'melepek' atas badan org sebagai medium 'peniduran'nya.

Masa Auni umur 2 minggu lagi dia dh mula ada colic, cuma aku tak tau how bad it was. Bila aku recall balik, baru aku tau yg slama ni dia muntah2 susu tu adalah sbb perut dia tak sedap. Aku ingat sbb dia tak suka itu susu daa..........

Auni menyusu badan cuma 3 minggu. Lepas tu aku mula bagi susu formula dan susu badan. Sebabnya... kita cerita di lain topik. Ada org kata, kalau bagi susu formula, baby cepat masuk angin. Tapi, aku ada sorang member yg sampai sekarang dia bagi anak dia minum susu badan, anak dia di usia 2 bulan pertama asyik kembung perut juga. JAdi, punca baby kembung perut ni, bergantung kepada susu dan bagi yg menyusu badan, bergantung kpd pengambilan makanan si ibu.

Baby Auni semakin kerap menangih lately. Dia menangih lama, dan sgt sedih bila dgr. Aku boleh jadi cemas bila dia nangih dgn nada suara yg tinggi. Nadanya seperti bagitau aku yg dia tgh sakit. Bagi susu pun tak mau, puting pun takmau. Kengkadang, hati aku tak tenteram. Rasa nak menangis sbb aku rasa aku gagal nak tenangkan dia. Aku taktau apa kehendak dia. Aku taktau macam mana nak legakan dia sekaligus melenyapkan tangisan yg meruntun jiwa tu.

Mak kata, biasalah baby kena kembung perut. Menda tu temporary je. Jgn le sesedih sbb anak aku bukannye kena penyakit kanser. (Slamber je Mak aku sound...) YELA! Aku kan ibu dia. Aku rasa bengang la sbb anak aku nangih aku tak leh nak wat pape. HOH.

Tanda-tanda baby kembung perut adalah seperti yg di bawah:
  • 2 minggu lepas bersalin dia tido je tapi masuk minggu ketiga baby nangih lain mcm biasa dan lebih kerap. tangisannya nyaring, more like screaming.
  • muka baby kemerah-merahan bila nangih. (sbb nangih kuat sgt)
  • tangan dan kakinya dok kuang kuit (bahasa org kedah ni) maksudnya dok gawang-gawang, tendang-tendang.
  • Perut keras
  • baby asyik nak jatuhkan badannya ke belakang (semasa kita dukung) dan menangih.
Kalau nak sure lagi, cuba check :
  1. Adakah baby anda menangih lebih dari 3 jam sehari? Hmm... nangih sokmo. Asal bangun je dia nangih. Dan dia lebih banyak terjaga dari tido.
  2. Adakah baby anda menangih mcm ni lebih dari 3 kali dalam seminggu ? Hmm.... aku notis sejak 2 minggu ni, dia mmg sgt kerap menangih. Payah la nak buat keja lain sbb asyik dok kena dodoikan dia je.
  3. Has your baby cry like this for more than 3 weeks ? Ahh.... dekat2 betul la tuh. Pandanglah daku , sudah seperti zomba!!!
TAHNIAH!!!! Baby Auni ada colic. Ceceng..Ceceng....

Jadi... ini adalah tips nak hilangkan kembung perut baby / mententeramkan baby anda.
  • Jalan-jalan naik kereta. Sbb baby sgt suka suasana dlm kereta yg diam dan sejuk.
  • Movements..any movements like swinging, walking, bouncing, boh dlm baby carrier ka...
  • Buaikan dia... sambil nyanyi lagu "LAila Namamu Teratas"..... hihihhi
  • Gripe water. Ini Abah aku yg suggest soh bagi Auni minum. Dia kata Gripe water jenama Wood's telah digunakan sejak turun temurun lagi, kepada aku semasa aku sebesar Auni sehinggalah kpd adik ku yg bongsu. Berkesan nampaknya. Auni tido lena pas minum tu.
  • Bedung. (ini tidak berkesan kpd Auni as she hates it!)
Bila baby kembung perut ni, susah oooo... Letih aku nak menjaganya. Kesabaran sgt teruji. Nasib baik la ada Hubby jadi bolehla kami take turn nak dodoikan Auni yg meragam. Alhamdulillah, skang ni lepas minum Gripe Water tu, Auni tido nyenyak walaupun aku letakkan dia atas tilam. Takyah nak dodoi dah.

Bayangkanlah kalau baby Auni meragam bila Ayah dia takda, yakni aku dan Auni berdua sahaja di KL nanti? Sapa boleh bagi jaminan kat aku yg Auni takkan meragam, takkan sakit? Ataupun sapa boleh jamin aku akan sihat walafiat tanpa sakit? Kalau Auni sakit takpe la aku ada bleh jaga. Kalau aku plak sakit, sapa nak jaga AUni?

Lu pikirla sendiri...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram