Followers

24 Sep 2009

Chronicles of Pantang - Part 6 : 'Manja ka ni?'

Pada suatu hari...

Aku terpandang satu beg plastik berisi 'biji' nih. Aku tau la benda alah ni adalah benda yg paling tak sedap tapi paling 'power' di muka bumi dalam aspek mengetatkan apa yg longgar. Despite its bad looking figure, siap ada bijik2 , kerrrras plak tu. Buat tembak2 ngan senapang mainan pun boleh buta bijik mata mangsa, tapi buah ni banyak khasiatnya. HAHA.. Banyak jugak buah ni Mak tinggalkan utk aku. Ada satu hari Mak rebuskan , buat basuh 'Ms. V' (nama panggilan untuk 'tuuuuttt') .

Untuk basuh bahagian sulit, boleh pakai air rebusan daun sirih, daun inai atau buah manjakani. Yg tu ramai yg tau. Kalau taktau boleh le tanya. Yg aku nak citer ni pasai buah manjakani. Pengalaman aku sendiri pakai menda nih.

Semasa dlm pantang, elok makan manjakani ni. Yg cuci tu, cucilah. Yg makan pun, makan juge. Aku nak citer bab makan manjakani ni. Cara-caranya, aku rebus le dulu menda ni. Kalu tak moh rebus, masa tanak nasik tu boh le dua tiga bijik dalam nasik yg dekat2 nak masak. Tapi, kalu nak selamat, rebus le sampai kulit dia pecah. Senang nak makan.

Kali pertama makan manjakani --->> Sebelum aku masukkan dalam nasik yg tgh ditanak tu, aku ketuk dulu bijik tu sampai retak sikit. Baru aku boh dalam periuk nasik. Masa nak makan, buah manjakani tu dah terbelah kecik2. Aku amik sikit, kepal2 dlm nasik, kasi tebal2 dan terus makan.

HAsilnya, suapan pertama dan kedua bersama buah manjakani tu berjaya. Bila masuk suapan ketiga aku dah 'BRRUUUEEKKK!!!' beserta pakej lelehan air hidung ngan air mata. Nasib baik le jahitan bersalin aku dah baik. Kalau la time awal2 bersalin aku makan macam tu, muntah lak bleh tertetas pe jahitan aku...

Rasanya pahit Nauzubillah. Nak hilangkan pahit tu bukan nye senang. Rasa cam nak telan je asam jawa sepeket! Tapi, aku hilangkan juge dgn meneruskan makan nasik, (lepas muntah) sambil teguk air neskepe.

Yg kelakar tu, Cayangku tanya kenapa aku muntah. Tak sihat ke? Aku main angguk je, tanpa menceritakan kisah sebenar kenapa aku muntah. Hehe.. mana de bohong. Mmg aku tak sihat pe? DLM PANTANG maaaa........... Sebenonya, aku muntah sbb telan manjakani tu lah. Malas nak citer je. Huhuhuhuauauuahuahuau... Kaber line

Kali kedua plak --->> Lepas rebus manjakani tu, buah tu dah pecah. Aku gentel, buang kulit dia, amik isi jek. Gentel kecik2, sorokkan dlm nasik yg dikepal pastuh TELAN dgn pantasnya. Kalu boleh tak kunyah nasik tu, LAGI BAGUS! Haa.... selamat. Boleh le makan 2 biji manjakani kalu macam ni.

Sekarang, aku dah boleh makan dah menda tu walaupun masih lagi terkemut-kemut dan terhegeh-hegeh nak telan. Aduhai... siksanya nak baik balik ye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram