Followers

22 Sep 2009

Chronicles of Pantang - PArt 3

Ni catatat aku sepanjang aku kat Sik. Al-maklum je lah line tenet takde kat sana....



31st August 2009 -Today is the 10th day. Aku berpantang mcm biasa. Hari ke-8, ada Mak Bidan datang tgk aku. Dia urut2 urat aku yg keras ni. Urut bersalin belum lagi dpt dibuat sbb jahitan aku belum baik lagi. Hmm.. Peha kanan aku masih sakit2. Gilo sakit bila dipicit kaki aku ni. Dari peha sampai ke tapak kaki. Paling tak tahan, tapak kaki loh. Geli campur sakit weh. Hadoii… Aku kalo bab pantang makan ni takpa, bab urut nih yg tak besh.


Hari ni juga merupakan hari aku ber'pisah' dgn Hubby. Wuu… sedihnya. Dah lama dah tak dok jejauh. Dah naik lemak le katakan. Haha… maka hari ni aku dan Auni akan ber'duaorangan' la saperti sebelumnya. Bezanya, dulu Auni ada dlm perot, skang Auni ada kat luar perot. :-)
Selama 10 hari bersama Auni sgt mengujakan. Biarpun letih, aku gembira dan puas. Auni milik aku. Bukti kasih dan sayang aku pada suami. Dan Hubby pon sgt gembira dgn hadirnya Auni. Dia yg bancuhkan susu Auni bila Auni terjaga malam2. Dia dodoikan Auni tido. Aku nampak dia letih sgt. Sejak mula puasa sampai ke hari ni, dia belum tido nyenyak lagi. Jadi, kepulangan dia ke Lumut hari ni membolehkan dia berehat dan tido nyenyak. Hopefully.
Internet di Sik tak da. Aku pun tak sure kenapa. Angah kata dia belum cancel lagi akaun streamyx dia. So, aku tak daya menahan bosan dan keterujaan nak menulis. Jadi aku catatkan dalam diari harian aku dulu. Kendian lah aku copy paste dalam blog.
Berpantang cara kampung, best. Paling best, time mandi. Mandi air rebusan daun inai, daun capa, serai dan memacam daun. Tak berapa best, tapi wajib buat, Bertungku. Adeh… berat betul la tungku tu. Macam angkat berat lak. Tapi, aku lebih suka bertungku sendiri drpd di;tungku'kan oleh mak bidan. Huuhh.. Gilo kejam dia tikam perot aku ni. Dah le panas tungku tu. Mmg le aku ni anak org bandar kan..tak tahan panas. Mak Bidan tu kata, org yg rajin bertungku ni kat perot dia siap berparut2 dek melecur terkena tungku panas tu.
Dah jadi satu hal lak perot berparut kan? Takyah la.. Buat pe la nak nyeksa diri rupa tu.
Hoh… Auni dah panggil. Aku chow dulu. Rindu Hubby…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram