Followers

25 Sep 2009

AUni dah sebulan.

Sedar tak sedar, Baby Auni dah pun sebulan lebih. Walaupun aku tension gak melayan karenah dia yg lately asyik meragam je, terubat juga jiwa tensi aku bila tetiba je dia senyum tatkala aku membebel nak tidokan dia.

Hahha.. selalu dia senyum time tido - bila 'kak wi' dia dtg main ngan dia. Tapi, hari ni dia sengih setiap kali aku pandang tepat ke mata dia sambil berborak2. Dia dah mula tunjukkan minat pada benda2 berwarna, tv... bila baringkan dia, dia akan pandang tv yg terpasang tu. Maknanya mata dia dah nampak objek.

Fizikalnya makin kuat. Tido dah makin buas. Dia suka tido mengiring dan dia dah boleh pusing2kan badannya ke kiri dan kanan. Dia bleh angkat kepala dia bila ditiarapkan. Hmm... seronoknya bila tgk dia.

Tapi, baby Auni ada ruam kat kepala and perut. Kecian anak ibu...

Azli and Wana baru je balik beraya dari umah aku. Hahha... beshnye ade org beraya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram