Followers

6 Aug 2009

Week 36.

Post yg ke 110 ini aku mengabadikan cerita antenatal check-up aku untuk minggu ke 36.

Sesungguhnya, walaupun lambat check-up kat klinik gomen ni, tapi at least diorang check bebetul. (Taktau le Klinik Ibu Mengandung Kerajaan check sama macam ni atau tak.. tapi di HATL, mmg teliti.) Boleh tak aku kena bebelan akak misi sbb aku tak buat test 'air gula'?

Makanya, esok aku kena buat ujian darah dan ujian kencing manis, yg mana memerlukan aku untuk puasa pada malam ini dan 'berbuka' hanya dengan minum ayaq maneh yg disediakan pihak klinik.

"Mula puasa pada jam 10 malam. Jgn makan atau minum. Esok, tepat2 pukul 8am hg kena ada terpacak kat klnik ni. Cakap kat sister nak wat ujian glukos dan ujian darah. Mula2 buat ujian darah dulu. Pastu baru minum air gula. Tunggu 2 jam, amik darah pulak. Lepas amik ujian darah yg kedua tu barulah hang boleh makan. " Kakak misi tu explain panjang lebar.

Aku angguk, tanda paham.

"Betul? Paham?" akak tu tanye.

Aku angguk le, dah paham.

"Cuba explain lagi skali..." Dia soh explain lagi la. Maka aku pun ulang la , macam org nak akad nikah pulak gayanye. Hishh.. nasib baik mood aku dalam keadaan neutral. Kalau aku lapar tak hengat musti aku bebal. HAHAHA.....

Sepatutnya itu ujian kena buat masa minggu ke-25 kehamilan. Tapi, klinik tempat aku check tu tak buat ujian tu. Untuk mengelakkan komplikasi, adalah lebih baik buat je ujian tu walaupun agak lewat. Lebih merisaukan diorg, keluarga aku ada history kencing manis. Aku pulak, positif. Aku mmg bukan jenis minum air manis. Air yg manis aku minum lately, cuma teh ais LUMUT je. HEHE... tu pun aku banyak gogok air masak lepas tu. Walaubagaimanapun, keadaan aku ok.

Berat terkini 71.7 kg , tekanan darah 110/70. Berat aku naik, tapi aku normal. So, kalu dilihat pada rekod, aku diisytiharkan sbg ibu yg sihat walafiat. Aku tidak diberi vitamin pon. Cuma, aku ada EDEMA , kaki bengkak yg sgt obvious. Tu pun, tidak menghalang aku daripada meronda2 mengemas rumah. Seryes umah aku ni sgt besar. Nak kena beli banyak perabot utk menyempitkannya.

Pastu, Kak Barirah (misi yg check aku tu) soh aku baring. Dia picit2 perut aku. Huk aloh. Aku ni lak takleh org picit perut, aku konpius! Lagi plak kalu dia tanya "sakit tak?". Aku konpius antara sakit ngan geli geleman. Aku takleh bezakan menda tu, bila org usik perut aku nih. Pastu, dia amik tali tape, aku tatau apa dia uko. Uko saiz perut aku kot. Takpun dia ukor saiz pinggang aku yg dah tak ramping nih. Takpun, dia nak tolong buat baju raya utk aku tahun ni. Wakkakakakaa..... Lepas tu, dia kasi aku dengar jantung baby aku. Apa nama alat tu ntah. Dia ada gtau, tapi aku lupa. Letak kat perut, pastu dia bunyi la. Kuat pulak tu. Degupan jantung dia normal. Masa letak menda tu kar perut, anak aku sibuk menyiku melutut perut aku. Siap bleh timbul lak lutut dia. Macam tak suka kat misi tu je? HAHAHAAA.... Misi tu kate, anak aku sgt gembira dan riang berada di dalam perut nampaknye.

Hem.. memang pon. Hari ni, lepas balik klnik aku dah prepare bilik untuk dia. Aku dah siapkan laci untuk baju2 dia skali. TERUJA nihhh....!! Macam nak sambut raya. Aku dah tak peduli apa dah jadi kat sekeliling aku. Lantak lah. I just want to enjoy my last pregnancy moment with my husband, nak tenangkan jiwa, nak rilex.... Manalah tau, kalau2 inilah minggu terakhir aku bernyawa kat bumi Allah ni.

Doakan kesejahteraan aku dan anak aku ni. I miss my frens so much. Kak Nor, Kak Nad, Fidot, Kak Rin, Kak Intan, Kak Leny, Kak Noky... Abg Ucop, Shahrul, Jijols, Azrin... Sumenya... nak sebut ramai sgt deh. Tapi, korang2 suma yg menyerikan hidup aku sepanjang aku pregnant, melalui kehidupan berdikari kat KL. Buat kengkawan lain, Fatin, Nana, Yana Blur, Gumok, KEring, Pah dan Hamsiah, thanx a lot. Korang ada sentiasa bila aku perlukan teman.

I am blessed to have friends like all of you.

HOKE. nak blah dah. Jap gi nak gi tgk wayang. GI JOE. WEee wiiitt!!~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram