Followers

25 Aug 2009

The Chronicles of Pantang - Episode 1



hari ni aku mula sesi urut. tapi, cuma urut untuk keluarkan susu je. sudah 5 hari, susu masih belum keluar. aku pun dah rasa seram sejuk. urat dah sakit2. dah le sakit kaki yg lepas tu tak baik lagi. bila bersalin, lagi bersimpul-simpul urat betis aku. kaki aku yg beso dinosor ni, bengkaknya belum surut.

mak dan abah dah sampai semalam. bukan main seronot dapat tgk cucu sulung. memacam nama panggilan depa dok pikir utk diri snir. apalah yg bakal cucu depa ni panggil kat depa. padahal, si auni ni lambat lagi nak boleh bercakap. ehehe.... Mak nak jadi OPAH. Abah nak jadi Tok Chei. Tok Chei tu sama lah dengan Tok Wan, tapi versi Sik punyo. HEHE.. esok kite tgk la Mak Mentua aku nak pilih nama panggilan apa pulak.

Nasib baik MAk sampai. Aku dah mula rasa seram sejuk dah. Risau pulak kalu bentan. Mak hidangkan suma makanan. At least hubby dah bleh rehat dah. Kesian dia, ke hulu hilir cari macam2. Mandi pun tak mo. HUAHAUAHAHUA... Aku dah call MakCik Tipah semalam. Dia mmg Mak Bidan kat Navy base nih. Hubby amik kat umah dia jam 9am. Masa Cik Tipah tu tgk aku, dia bebel le sebab aku jalan laju sgt. Aku pon tak pasan laju camne. Jalan slow pun aku tatau mcm mana punya slow. Gear apa nak pakai. Aku rasa cara jalan aku tuh dah slow sgt dah. Nak bebal pon ada gak. HAHAHA... tapi sbb sakit tak abih lagi takleh nak buat apa la. Kan best kalo aku ada super power? Boleh gerakkan barang dari jauh je. Sangat berguna masa berpantang nih.

Walaupun cuma urut untuk kuarkan susu, sakit nye bleh tahan jugak la. Aku mmg sgt tak suka urut sbb mengikut pengalaman urut2 sebelum ni, pengurut tu suka komplen mengatakan tubuh badan aku ni sgt le keras dan pejal, membuatkan org yg urut tu terpaksa menggunakan tenaga yg banyak kalu nak urut. aku tgk Cik Tipah tu dah berpeluh-peluh dah urut aku. Aku lak penat menahan sakit. Aduyai. Sapo la kata urut ni best? Sambil urut2 tu, Cik Tipah pesan la memacam. So, aku pun bleh menuntut ilmu sesambil tu. Pastu, dia try picit2 kaki lak sbb aku ngadu peha kanan aku sakit. Haa.... yg bab picit peha tu lagi la menderita aku dibuatnya! Bayangkan la kaki sebesar dinosor, dia bleh jumpa plak urat yg bersimpul merata2 kat situ, sampai ke bontot dia picit. Selalu kalo org picit bontot rasa best kan? Haahahah... ini picit bontot , ko menjerit sakit! Hamek ko. Dia urut punyolah lamo kat situ, seluruh kaki kanan aku, sampai ke hujung jari. Dipicitnya bengkak kaki aku yg tak susut sejak ngandung dulu. Heemm.... naik ting tong kejap.

Lepas tu dia check perut lak. Dia urut sikit, kasi naik. Dia kata free servis. HAHAHAA... Dia taknak urut bersalin lagi kat aku sbb aku dah nak balik kampung. Tapi dia pesan la... "urut sengkak rahim ni mmg sakit tau! Mesti kamu melalak nanti."

Ohhh... tidawwwkkkk!!! Dia urut ciput tu pun aku dah ber'adeh'an dah!

So far, berkenaan makan di kala berpantang, I really don't have problem with that. Aku pantang seperti yg sepatutnya. Tak kisah pun makan ikan talang dgn kuah sayo air je. Kalau tak pantang pun, sawi air tu dah mmg faveret aku. Lada hitam mmg dah aku makan selalu. So, aku tak bebal sangat kalu bab makan nih. Cuma, tgk murtabak tu je cam best. AHAHA.. aku cuma takleh minum teh je. Sebab aku banyak angin. Nasi? Nasi makan juge. Aku suka nasik lembek2 sikit - panas2. Dah sedap dah tu.

6 jam selepas urut, aku bukak stokin - kaki aku dah tak bengkak dah. Yeeehaaa... aku dah berjaya menguruskan kaki aku!!!!!!! dah ringan rasa kaki. Alhamdulillah. Pastu, berak aku pun dah lawas. Aku mmg camnih. Kalu after 'event' besar2 yg menimpa tubuh badan aku, aku musti kena urut. Kalu tak urut, urat sakit, takleh berak. Dulu, masa aku eksiden dulu pun aku kena urut baek punyo. Baru leh makan, berak, kencing.... tido. Kalu tak, adeh adeh la aku sampai ke sudah. Nasib baik dulu Abah soh urut. Kalu tak lagi teruk gamaknya sakit badan aku time beranak kan? Sekarang, pas urut kaki tu sket, aku dah leh buang air beso dengan penuh perasaan... walaupun terpaksa berdiri.

La ni, Mak dan Abah kuar gi jenjalan kat pekan Setiawan. Katanya nak pi bank. Tinggallah aku ngan Auni dan hubby. Kenapa aku leh blogging dan fb? I just can't help myself. Kalu ada something yg exciting, I love to write it down. I like to share.

It's fun!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram