Followers

13 Aug 2009

Kisah Pencarian Sotong Kering - ala2 National Treasure. Huhuhuhuh...

aku, kak nad dan enot di dalam toilet eksklusif. aku ketika ini 8 bulan pegnen. Maseh comel.

Ikwan, Fatin, Yana, Nana dan aku. Masa ni - 5 bulan pregnant.

aku, Nana dan Fatin. Masa nih pregnant tatau brape bulan. Tapi perut dah beso.

aku rasa aku kelihatan seperti Norjuma lak.

aku ketika 6 bulan hamil. yg tak beso cume lah taik lalat aku je. yg lain sume beso. Wakkakakaaaa!!


Aku baru je balik check-up. Kandungan dah masuk minggu ke-37. Hari ni ada ultrasound. Berat terkini, 72 kg. Baby sihat. kaki aku bengkak baek punye. Pastu, celah kelengkang pon sakit. Menyukarkan pergerakan aku. Camne nak shuffle nih??

Tengah2 aku dok chatting ngan Fatin berkenaan dgn abg dia, aku teringat satu kisah ni. it happened during my wedding day last December. Citer funny lah jugak...

3 hari sebelum kenduri, aku dan Abah kuar ke Alor Setar, nak borong ikan talang masin dan sotong kering. Banyak abah beli. Aku tak sure brapa, tapi harganya mencecah ratus gak lah utk suma barang tu - ikan masin, ikan bilis dan sotong kering. Sotong kering dibalut dalam kertas surat khabar, dan dimasukkan dalam beg palstik berwarna hitam.

Maka, selepas selesai urusan, kami berdua pun balik ke Sik. Perjalanan dari Alor Setar ke Sik mengambil masa hampir 2 jam lah. Sempat lagi abah belikan aku air nira sbb ntah nape time tu aku teringin sangat nak minum. Abah belik 2 bungkus lagi. HAHAHA....

Suma barang2 kering tu gunanya utk masak makanan bagi org2 gotong-royong memasak masa kenduri. Biasalah, kat kampung, diorg lebih suka masak sendiri. Abah aku pun mmg sgt suka bermasyarakat. Dia lebih suka meriah2 camni. Walaupun kenduri aku jatuh 14 Disember 2008, kawasan umah aku tu dah macam kenduri dah 3 hari sebelum tarikh tersebut. Khemah dah naik seminggu awal. Haha... Meriah beb!

Standard la knuri, mmg sgt stress bagi org2 yg menguruskannya. Aku bersyukur sgt sbb aku ramai adik lelaki. Angah, Alang dan Kimi lah yg berkerja-keras dgn Abah sbg mandurnye. HAHHAAA... gile. Mak aku uruskan makcik2 yg datang buat bunga telur, hadiah dan uruskan makan minum tetamu yg dtg. Dia dibantu adik pompuan aku, Linda. Linda, kijonye BASUH PINGGAN. Aku, mmg tak buat apa sgt. AKu cuma uruskan hal pelamin, baju2 aku dan tempat tinggal kawan2 pengantin lelaki yg nak dtg wat sword bearer nanti. Tu je.

Ikan talang yg dibeli, dipotong kecik2 dan digoreng. Boleh makan ngan nasi goreng, nasik lemak atau nasi putih je. Ikan bilis pun camtu jugak. Walaupun kerja gotong royong ni best, tapi leceh. Sbb kena prepare makanan utk org2 yg membantu. Mana boleh biar je diorg buat kijo tak makan. Nak kena sepak?? Kopi musti ada. Takleh takde. Seryes renyah. Kalo pakai katering, ko lepak je. Takyah nak wat pe. Esok nak knuri pon, ko leh melepak lagi. Siap duit je.

2 hari sebelum majlis, aku digemparkan dgn kehilangan sotong kering yg dalam beg plastik hitam tu. Mak le tanya, kat mana aku letak. Kalu tak silap aku, beg plastik tu aku nampak atas meja makan, petangnye. Ntah sapa keluarkan beg plastik tu. Tu pun aku tak pasti tu beg plastik sotong ke beg plastik menda lain. Tapi, aku ingat lagi bau sotong kering yg menjelma bila beg plastik tu dikeluarkan. Masa Mak tanye pasal sotong tu, dah malam dah. Mak nak keluarkan sbb dia nak rendam utk wat sambal nasik lemak keesokkannye.

"Tah tah depa buang pa sotong kerin tu. Dok dlm pastik hitam plak kan." Mak aku buat andaian.

Habeh la.. kalu buang, rugi la. Banyak siot sotong tuh. Apa lagi, adik2 aku dikerah untuk buat pencarian. Maka bermulalah pencarian sotong kering di sekelilng dan segenap pelosok umah aku. Penat oo.. sbb umah aku dah ramai org. Adik bradik, sedara mara ramai yg dah sampai, dan time tu suma dah ready nak titon. Dah bentang lemek dah, bantal pun dah start ditepuk-tepuk. Suma letih. kembang kempis lubang idung adik2 jantan aku, cuba mengesan bau sotong kering.

Paling mengeruhkan suasana, Abah aku lah. Dia dah tau ttg kehilangan sotong tersebut. Maka, dia pon membebel. Macam2 dia marah adik2 aku, aku tak pasti apa yg Abah kate, tapi adik2 aku sgt terasa ngan kata2 beliau. Alang kata, Abah macam tak hargai kerja keras diorg selama nih, dlm nak menjayakan MISI KENDURI KAWIN KAK LIZA.

"Dia ingat kami ni dok melepak ja ka? Ni nampak dak ni, peluh dok meleleh tak abih gi. Ketiak masam, tak mandi lagi dah malam dah. Tau la penat, tapi tak payah la nak marah org sbb sotong kering ja." Alang mengomel. Jelas terpancar kekesalan kat wajah dia yg banyak jerawat tu. Aku paham. Alang ni dia jarang mengamuk. Tapi, bila dia mula bersuara, walau bunyi dia lawak tapi menikam kalbu jugak. Alang tak suka gaduh2. Bila dia marah, dia frust ttg something, dia akan nangis. Haa.. tu Alang. Aku kakak dia yg jaga dia dari baby2, aku berani kate hati dia sgt lah lembut.

Aku sbg kakak, takkan lah nak bakar lagi adik2 aku supaya marah kat Abah. Walaupun Abah tu mmg sgt lah annoying dan keterlaluan, over acting... tapi dia kan ABAH. Walau Abah slalu jugak bagi aku meleleh ayaq mata, aku takleh biarkan adik2 aku terus marah Abah aku camtuh. Tak elok. So, aku pujuk la.... Bagi semangat sket. Mintak maap kat adik2 aku sbb menyusahkan diorang dek kenduri kawin aku yg ABAH nak wat besar-besaran gitu.. Abah pun penat jugak.

Last skali.... Alang dan Kimi (adik lelaki aku yg nombor 5) buat pencarian terakhir. Cari dalam tong sampah. Bukan tong sampah dapor tau. Tong sampah yg besor tu. tong sampah tu letakknye kat luar Balai. Kimi sampai terjun masuk dlm tong beso tu, hanya kerana nak cari sotong kering yang hilang. Bunyi cam kelakar kan? Tapi, sgt stress bagi adik2 aku yg dua org nih. Didorong rasa takut kat Abah, dan rasa tanggungjawab, adik2 aku buat menda nih utk aku. Tengah2 malam lak tu. Ya Tuhan, kesian sgt.

Malangnya, tak jumpak pon sotong terbabit. Pelik. Kat mana pulak la sotong tu pegi? Kalu jumpa dlm tong sampah tu pun, nak ke masak kan?? HAHAHAA.....

Mak aku dah serender dah. Dia letih. Malas nak pk dah. Alang dan Kimi balik dgn frustnye. Hai ..soton soton.. mana ko pegi?

Abah, bebel la lagi. Muka bengang je. HAHHA.. tatau le bengang sbb soton ke atau sbb lain.

Esoknya, lepas subuh, aku dan Mak bangun nak start masak utk makan pagi. Maksu Jamilah pun dah bangun. Masa Mak dok ikat rambut, Mak ceritalah kat Maksu pasal sotong kering yg hilang tu. Dari mula sampai la habih, sampai ke cerita tong sampah.

Tetiba, Mak Su gelak. Maksu kalu gelak, sgt lah lawak. Dia lak jenis mami2 jarum sket.

"La..... awat yg hampa tak gerak Maksu?? Mak Su yg angkat plastik sotong tu, boh dalam peti ais! HA HA HA HA HA..." Dia gtau sambil gelak.

"peti es mana? Kami cari takda pon?" Ohh.. peti ais kitoang ada 2. Satu peti ais 2 tingkat. Satu lagi peti ais yg beso, buat isi daging. Peti ais 4 segi tu...

"Peti ais yg hampa boh daging tu la. MAk Su boh dlm tu takut satgi org terambik, tauk buang. Naya ja. " Mak Su jawab.

Muka paling bengang skali Kimi la. Alang dah sengih dah. Dia lega kot. Mak aku tengok dlm tong ais tu, ADA! Tak de sapa pun terpikir nak check. ataupun, diorg dah check tapi diorg tak perasaan ada sotong dlm tu sbb terlampau penat. Lagipun, sotong tu dalam beg plastik itam, balut ngan surat kabar lak. Camne nak nampak?

Len kali labelkan. Kan senang!

"Naya apa Maksu? Maksu buat naya kat kami. Kami dah lompat dlm tong sampah besaq kat luaq balai tu dah sbb nak cari sotong ni ja. Apa la MakSu ni...Sesia ja Kimi masuk dlm tu......" Kata Kimi.

Mak Su gelak lagi. Mak aku dah sampai mengalir air mata dah tgk dia gelak.

Tu le kisah yg jadi kenangan aku dan adik2 aku. Memandangkan anniversary aku dah nak dekat, aku abadikan kat sini, supaya aku tak lupa. And I'm sure, adik2 aku pun tak lupa, especially KIMI. aAAKAKAKAAA...

Sayang sungguh depa kat aku sampai sanggup terjun dlm tong sampah. Mana nak dapat adik camni?

Kimi, Angah dan Alang. Yg duduk tu Adik.


Adik2 aku bersama abg ipar mereka yg sgt cute!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram