Followers

11 Aug 2009

GUGUGAGA Makbed..

Pagi tadi aku rasa badan aku sengal2. Celah kangkang pun sakit. Kaki aku membengkak. Emosi aku tak stabil. Aku rasa menyampah. Dan aku rasa hubby pun menyampah kat aku. Tapi.. aku tak peduli. Aku jalan pi ruang tamu. Rasa macam jauh je ruang tamu tu. Berat betul rasa nak melangkah. Pinggang dan perut berdenyut-denyut.

Nak beranak kah?

Tak pun. Tanda2nya takda. Cuma sakit di bahagian kemaluan, but tu pun sbb perut aku dah jatuh dan bagi preasure kat situ. I am in a complete mess. Aku cepat berpeluh skang. Dok kat satu tempat tu, tap..tap.. ayaq peluh keluaq. Mcm pi marathon. Padahal dok umah je. I want to do so many things, yet I can't move swiftly. So, I tend to sit down.

Sometimes, aku rasa aku tak patut duduk je. Aku kena kemas umah. Tapi, aku tak mampu nak tonggeng2 kemas. Segan lak tgk hubby ngemas kat aku, tapi ahhahaa... biar lah dia kemas. Aku cume takut dia komplen... Kang dia cari awek lain lak sbb aku kelihatan sgt pemalas dan huduh!! Yee.. aku sgt huduh la ni. HAHAH... muka dah sembap. Berminyak... Boleh tapis minyak nih buat goreng ikan bilis. Gumok jgn ckp le. Pepaham jelah org ngandung punye body figure. Kan Kan Kan....

ARGHHHHHHHHHHHHHH..... camne nak jadi sexy ni???

Time tido adalah time yg menyeksakan. Mata ngantuk, tapi badan tak mo tido. Tido pun asik merengek je. Ya Tuhan, berat beban seorang ibu hamil, sampai nak tido pun dia takut. Takut baby tercedera ke... HAHAH.. perut beso ni beb. Kalu salah posisi, boleh kena migrain dibuatnya. Untuk membiasakan keadaan mcm ni, aku kena mengandung 3 4 kali kot. kan kan kan... tapi, kata org, mengandung ni, walau dah 10 kali, rasanye berbeza. Takkan sama.

Another thing , aku malas mandi. Suddenly, aku malas. Bukan apa.. even aku mandi, aku tetap berpeluh2. So , letih le. Tadi, lepas hubby gi kijo, aku tido sampai jam 3 petang. Aku dok dlm bilik je. Tak kuar2. Hubby balik masa lunch pun aku tak tau. Aku men sms je... Padahal dua-dua ada dlm umah. Tapak kaki aku pon bengkak. Dlm umah pon aku pakai slipar saiz 7. Slipar hubby. Sedap slipar nih. Lega sket tapak kaki.

Hubby tau aku asik ngan laptop je. Duduk lama kat atas kusi. Dia angkat meja kecik boh bawah meja komputer, soh aku melunjur kat situ sambil berfesbuk. Ahaha... sayang dia kat aku. Kalo aku ngadu sakit, dia picit le kaki ngan minyak yuyi cap limau. Tapi, kalu dia picit, mmg sangat sakit lah. Kalu ko tgh tahan kencing, ko leh kencing kat situ juge. But, after that, kaki yg sakit2 tu dah lega.

Persediaan utama selepas bersalin - cari mak bidan. Di Lumut ni, aku tatau sgt sape mak bidan yg berprestij. Huahuahuahua... Kebetulan, Kak Faz kenal sorang bidan. Dia lah yg call kan bidan tu utk aku. Tak mahal... RM100 je utk 3 hari urut dan ape menda ntah lagi dia nak buat. Hokeh la. Janji ade. Nak harapkan mak mak , kesian diorg ada kijo dan tanggungjawab memasing. Tak molah susahkan diorang. NAsib baik ada Kak Faz. Tak dela aku tersesat. Nak pi mana2 leh ajak dia. Dia kan loyal resident kat Lumut. Sampaikan kat mana nak beli kelapa parut pun aku tanya dia jugak. HAHHAAAA...

Maybe esok aku gi jalan2 ngan dia lagi. Hari ni dia ajak aku makan sesama ngan dia, tapi sbb aku tak OK, aku postpone le. Hee... Kat Lumut ni sgt panas tau. Malam pon panas. Jarang sgt hujan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram