Followers

7 Aug 2009

Entree yg tak de motif lansung!

Alhamdulillah. Dah selesai ujian tahap kandungan gula pagi tadi. Keputusannya, negatif. Tapi, ada potential untuk kena jugak sbb result aku dapat 7.2. Result yg 'melayakkan' aku dpt penyakit kencing manis ialah 7.9. So... kalu aku tak jaga makan, mmg confirm boleh kena jugak.

huih.. gila kentang minum air manis tu. walaupun rasanye sedap jugak, tapi sbb terlampau manis, pening kepala aku nak ngabihkan nya. Air tu perasa oren.

Hubby keluar pi ambik Bambam Bee (nama manje utk kereta kami.) Dah seminggu dia kat bengkel tu. Kesian dia. Kerosakan yg sgt teruk jugak la. Padan lah dengan khidmat yg dia bagi pada keluarga suami, sampai 11 tahun, tak pernah kena servis sebegitu rupa. Sekarang, dia dpt tuan baru. Aku yg bawak dia ke hulu hilir sepanjang aku hamil. Dan, aku sgt syg keta tu. Tak kisah la buruk ke apa, bagi aku keta tu sgt best. Walaun slalu rosak, tapi... dia rosak sbb tak servis. Bukan sbb selalu servis tapi rosak. JAdi, aku dan suami tak ralat nak spend 'sikit' duit untuk kerosakan dia baru2 ni. Sbb, she deserves this treatment and care. One good thing about Bambam Bee is, dia tak pernah rosak tengah jalan. Selalunya, dia akan make sure tuan dia sampai ke destinasi yg dituju, THEN baru dia rosak.

mujurlah jugak, masa dia rosak ni, aku ada duit sket nak repairkan dia. HAh, pasni, aku cadang nak cat dia plak. I chosed the best for her, my lovely car. Of course, it's gonna be BLACK, but not an ordinary black. Likewise, I don't like being ordinary. So does the car!~l

Ouch! Auni is kicking. Heheh.. tak sabarnye nak melahirkan. Aku tak sabar nak tgk hubby aku jaga anak kami. Hee.... hubby nampak mcm tak de perasaan, kematu, keras tak de emosi (those words coming from his close friends) , but to me... he is soft. And he is damn good in handling kids. Huh, kalu tgk dia jaga baby, aku pon kalah. Maybe sbb dia ada satu sifat, penyabar. Dia lebih sabar dari aku. I respect his value. Cuma, ada time mulut dia tu laser jugak. Kengkadang, kena lak ngan aku yg cepat hangin ni, boleh jadi perang saraf jugak la sekejap. HAHHAA.. anyhow, we blend well. Tak penah gadoh pun. I learnt a lot from him. In fact, he is a good example to follow. He will be a good daddy. Semoga Auni mewarisi sifat sabar yg ada dalam diri ayah dia.


hahaa... dia dah jadi baby sitter Cik Maryam. Baby ni taknak kat aku. Nak kat hubby je.


Speaking about him and our marriage, I just felt like I don't give much. Ada masa aku rasa aku tak buat apa pun as a wife. I am more like his best friend, yg mengandungkan anak dia. HAHAHHAHA..... I want to give more, but it is not because he doesn't let me but hubby's way of life is very simple. Dia tak menyusahkan keadaan. Dia tak demand pun. Sesetengah lelaki bila dah kawin, tetiba je menetapkan syarat2 dan do's and don'ts dalam relationship. Para awek yg dah jadi isteri, suddenly change dari slamber kepada pendiam, duduk umah je, cakap pun lapik2... Completely change.

Yes , jadi isteri tugasnya HANYA taat pada suami dia. Siapkan makan minum pakai dia. Kemas rumah bla bla ... macam2 la.

Lain pulak aku. Sejak kawin, satu apa dia tak cakap pasal rules and regulations. NAk pi mana pun pi la. But I just let him know my whereabouts especially kalo aku kuar time yg bukan sepatutnya aku kuar. Ada sesetengah couple, bellum kawin lagi pun, nak kemana-mana kena buat log book. Kena repot.. Kena mintak izin. Cam aku, aku rasa hubby aku dah bagi izin secara pukal kott? ahhahahaaa.... Aku dah hubby berjauhan. Sepatutnya rasa sangsi, cemburu , syak wasangka akan ada, tapi yg ganjil nya, menda cam tu tak berlaku dalam hubungan kami. Jauh la macam mana pun, kitorang still lagi maintainnnn.....

Di saat berjauhan tu lah aku rasa cam "I am useless. Jadi bini tapi tak menunaikan tanggungjawab yg sepatutnya." Toksah sebut la tangguungjawab zahir, batin la tak bagi. BUkan taknak bagi, tapi dah jauh. Camne?

Bila aku ambik kesempatan cuti awal sebelum bersalin, aku berazam nak jadi bini yg boleh buat semua untuk dia. Tapi, aku gagal. Kua kua kua... Pertamanya, aku sgt lah fobia nak iron baju kerja dia. Sebab, aku tak reti iron baju. Baju aku pun mcm gampang aku iron. HAHAHAHHAAH..... And, he knew that. sebelum kawin lagi dia dah tau I am suck at ironing. Uniform dia tu, dia yg uruskan sendiri bila dia nak pi kijo. Aku slalunya rasa sgt segan bila tgk dia uruskan baju sendiri.HEHEHE....

Aku buleh masak. So, kalau aku takleh iron baju, aku buleh memasak untuk dia. Satu masalah lak, dia bukan jenis makan banyak macam aku. HUuuuuuuuuuuu...... KAlau ikut purata makan dia hanya lah 2 kali sehari, sedangkan aku, 4 kali. Dia cuma makan brunch, pastu dinner. Dah. Sampai bila aku balik, aku masakkan hari2 iku time, ada lunch, ada minum petang, ada dinner bagai, dia jadi pening sampai nak muntah. Sbb aku asik maaaaaaaaaaasak je bagi dia makan.

So, khidmat memasak tidak diperlukan. HAHAHAHA... No wonder perut laki aku leper mcm papan potong ikan. Perut kesukaan aku tu!

Perut aku?

HAHAHA... perut aku buncit. Dia buat!

So, apa je yg kami suami isteri buat ?

HAhaa.. kitorang akan duduk sebelah menyebelah, main game. Main fesbuk ke... Hubby sgt suka main game. Dan aku lak suka blogging. Dia ada pc, aku bawak laptop. Nasib baik bawak balik lappy nih. Kalu tak jenuh berebut nak pakai pc. Hubby slalu donlod movies, so bila ada movie baru di donlod, kami akan duduk tengok sesama. Ada masa dia nak gi tgk drift, dia pi la. Kalu aku tak pegnen, aku nak la ikot. Aku suka gak. Tapi, aku tak koser lak nak berembun memalam / pagi2 buta gitu ehh...

Bosan2, kitorang gi makan. Takpon tido je. Hehehe.. Elok le ada baby bagi memeriahkan suasana.

Haih.. nak wakpe la nih. Hari ni aku tak sapu sampah lagi. Dah tak larat dah nak jalan keliling umah, nak tunduk2 tu. Tapi, kalu ajak gi jalan kat luar, gi shopping kompleks ke, tetiba je jadi larat. HAHA.. DRAMA beb!!

Tengok le gambo2 yg aku load nih.

ni dapur tempat aku bertarung.


ni pun dapur jugak. Agak luas berbanding umah aku kat Kajang sana.

pemandangan luar rumah dari balcony umah aku.


blok depan

baby2 yg cute. Maryan & Faiz

ruang tamu yg semak!


picture taken from the kitchen. the dining hall and living room.


kat living room jugak nih. kat sini le tempat kitorang spend time 'tugeder-geder'. Laptop tu aku punye. PC , dia punya. NAk fesbuk? Nak chatting? Kalu tgk kitorang dedua online tu, haa.. tgh sebelah2 la tu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram