Followers

27 Aug 2009

Chronicles of Pantang - Part 2

I really in the stable emotions when my mother-in-law is around. Dengan Ma (panggilan untuk Mak Mertuaku) dia layan aku best-best. Hehhe... Aku dah mula bertungku. Dia yg sediakan tungku tu untuk aku. Pastu, dia masakkan ikan merah kukus, taruk daun mengkudu dan ntah pape la lagi. Ma mmg pandai bab2 nih. Kalu Mak aku lak, dia bab2 sediakan makanan je dia buat. Pastu, dia nak bawak balik aku sbb dia dah sediakan org utk mengurut dan menguruskan aku.

Ma ajak aku balik pantang kat Kelantan, tapi jauh sgt bagi aku. Dah le aku takleh nak travel. Pastu, kalu aku balik Kelantan mmg susah le hubby nak dtg jengok. Bukan hubby je, mmg tak de sape nak jengok aku dah. So, aku decide dok Sik je lah... walaupun aku tidak membayangkan macam mana lah keadaan berpantang kat sana. Dah le umah 2 tingkat. Haihh...

Semalam.. Auni meragam. Aku tak sure kenapa, tapi aku rasa dia sakit perut. Masuk angin kot. Brapa kali dia terjaga. Kesian dia.

Hari nih, Auni dimandikan Tok nya. Auni suka mandi rupanya. Senyap je bila dpt mandi. Sebelum mandi, Auni kena jemur dgn Ayah nya dulu utk kurangkan kuning. Lepas tu, siap2 nak bawak pi HATL utk ujian darah lagi sekali. Kali ni Ayah dan Mak Long nya je pegi. Ibu nya tinggal.

Skang, Auni tido. Hubby kata dia nangih sekejap, pastu dia diam dah. Hmm.... camtulah dia.Harap2 tak de papelah. Insyaallah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram