Followers

26 Aug 2009

Baby Auni dan Kuning


26th August : - Hari ni bidan datang melawat rumah utk check aku dan baby Auni. Sedih dan sangat risau bila dpt tahu Auni kena kuning dan dia perlu dibawa ke HATL utk ujian darah. Patutlah Auni asyik tido je - salah satu tanda kuning.

Jam 2ptg, aku dan hubby bawa Auni ke HATL. Hati risau Allah je yg tau. Sebenarnya aku dah dapat agak anak aku kuning, tapi aku tak sure. Bila aku tanya org, even my own parents pun ckp dia tak kuning. Ada yg ckp, kuning sikit je. My heart knows best. Mmg betul le apa yg aku rasa tu. Jangan le marah aku kalau aku risau terlebih ke hape... Mmg naluri mama-mama mmg camtuh.

Auni dibawak misi masuk dlm bilik utk diambil darah. Sayu hati aku ni bila dgr Auni nangih. Auni amat jarang menangih. Kalu dia nangih, comel je bunyinya. Tapi, nangih dia yg ni sangat memedihkan hati aku. Walaupun setakat amik darah ja... aku tetap sedih. Kontrol ni.. aku rasa nak menangih sama. Sejak aku bersalin, walaupun aku gembira dalam kesakitan, ada rasa nak nangih, aku tak nangih pon. Tapi, yg ni mmg confirm tak bleh tahan. Auni nangih lama jugak. Hubby nampak mata aku dah berair, walaupun aku punya tahap cover line tu tinggi gak. Dia ckp mak pesan time dlm pantang ni takleh nangih. Biasalah , amik darah mmg le sakit. Sbb tu la dia nangih. Boleh bayangkan tak kalau Auni tak nangih bila kena amik darah?

Huu... mmg le sgt betul apa yg dikatakan tu.

Hubby gosok2 kepala aku. Pehtu dia duduk kat sebelah. Alah.. dia pun riso sama gak ngan aku. Aku tau. Tak lama pastu, sorang misi baju askar kaler hijau kuar bawak Auni. Auni dah tak nangih. Dia senyum, walaupun ada secalit air mata kering di mata kirinya. Dia tgk aku, macam tak de pape pun berlaku. Aku tgk tangan kiri dia ada plaster. Huu.. sedih. Dah le tangan dia halus je, dah kena tebuk ngan jarum. Haihh...

Kami balik umah untuk tgu keputusan ujian darah tu. Jam 4.30pm, hubby dpt call dari spital yg AUni mmg ada kuning, tapi tak teruk sangat. Auni kena pegi hospital balik utk amik darah lagi sekali bagi tujuan pemantauan.

Aku taktau. Patutkah aku rasa lega dengan berita tu?

Susu badan aku dah mengalir semalam. Tapi, Auni tak mahu menyusu badan sbb dia biasa dengan botol. Lagipun, puting susu ibu dia sgtlah kecik dan tak 'setaraf' dgn puting botol susu yg dia minum tu. Tak leh le nak marahkan dia. Kan Kan....

Jadi, untuk bagi Auni minum susu ibu jugak, aku kenalah pam susu boh dalam botol. Gila sakit woo pam susu. Haihh.... Abah lak beli pam yg manual. Punye le lembab nye, nak kena pam. Aku soh beli yg bateri punye, ntah hape kena Abah aku tu dia taknak beli. Bengang la pulak aku. Dah le susu baru2 nak kuar. Lama pulak aku nak pam sampai botol tu penuh. Cobaan betui.

Skang, Abah dan Mak dah balik. Mak Mentua aku lak sampai bersama kakak ipar & husband dan juga Adik Ajim. Sonok la hubby mak dia dtg. Senyum je sampai telinga. HAhaha... Senyum tu la yg aku nk tgk tu. Kalu dia senyum senang hati tu maknanya senang le juga aku nak suruh dia wat pe pon. Hiiihhiii....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram