Followers

24 Aug 2009

AUNI ALWANI - 22-08-2009 - you are finally in my arms.



Aku mula rasa contraction sejak sahur di pagi Sabtu, iatu hari pertama datangnya Ramadan. Aku dah tak boleh nak tido lansung walaupun aku cuba tido lepas sahur. Hubby lak hari tu duty.Mak dan Abah masih di Lumut, bercadang nak balik Sik hari tu.

Jam 10am, aku dah rasa makin sakit. Tu pun aku sempat lagii borak ngan Mak. Dia bagi briefing pasal jamu yg dia belikan untuk aku. Mak nak dtg balik ke Lumut 25hb nanti dan teman aku sampai bersalin. Yg bestnya, Mak aku dah siap pakai tudung nak balik je. Just tunggu Abah aku bangun tido je. Adik2 suma dah ready.

Aku puasa masa tu. Cuba jugak nak puasa. Aku rasa sakit ku makin kerap, tapi tak ada pun sebarang tanda yg turun.. Aku musykil jugak. Kesakitan apa kah ini?

Kebetulan, aku on YM, nampak Kak Huda online. Dia suggest aku pi spital, no matter wat pain was it. So, aku pi jugak Berbekalkan semangat kental. Hahaha.. nasib baik hubby masih ada di umah.

Aku terus ke unit bersalin. Lepas 'disoal-siasat' butir-butir kesakitan dan tanda2 yg aku alami, aku dibawa masuk untuk ujian. Lepas di'seluk' which is sangat tak best, rupanya laluan sudah 3 cm terbuka. Aku perlu ditahan di wad hari tu juga. Estimation time untuk aku bersalin adalah around 8pm to 9pm.

Masa tu aku rasa berdebar , tapi hepi. Aku senyum je sepanjang masa. Berkat doa aku setiap hari agaknya agar Allah mengurniakan aku keberanian, dan hilangkan ketakutan menempuh kesakitan semasa bersalin. Dia memberikan aku courage yg sgt besar. Tak sedikit pun rasa risau menerjah pikiran aku. Yang aku pikir, tak lama lagi Auni akan bersama aku. Sepanjang contraction, aku beristighfar, doa Nabi Yunus dan selawat ke atas Nabi tak aku tinggalkan. Setiap kali sakit, aku kuatkan semangat bahawa kesakitan itu membawa anak aku lebih dekat dgn aku. Aku tau aku takkan sakit lama kerana aku pergi dengan redha dan kasih sayang suami dan keluarga.

Aku dihantar masuk wad 1 untuk tunggu sampai 'laluan' terbuka sehingga 4 cm. Aku ingat lagi, masa tu sudah jam 1 tengahari. Hubby balik sekejap, nak gtau Mak dan Abah ttg aku. Baju dah salin dah. Pakai baju pink kalerrrrr..... pastu aku baring le kat katil tu dgn tenang dan sakit. HAHA... Tu pun, aku leh sempat beramah mesra dgn mak kepada patient yg sdg teman anaknya yg sedang menanggung sakit bersalin. Dia tanya aku dah makan ke, aku ckp belum. Cuma minum air sikit buat bukak puasa je. Kebetulan, anak dia taknak makan sbb dia dah bawak lauk dari umah. Dia bagi nasik hospital tu kat aku soh makan dan dia berikan aku air. Huu... leganya aku dpt makan. Makcik tu layan aku membuatkan aku rasa mcm Mak ada kat situ.

Anak dia, kalu tak silap Idah namanya panggilannya, bertuah sbb Mak dia ada di situ. Suami dia pun ada skali bagi sokongan moral. Best.. Bila dia sebut sakit je, suami dia akan pegang perut dan gosok-gosok. Gosok2 belakang. Huu... hubby takde kat sebelah. Dia duty. Tapi, kalau dia ada pun, aku rasa tak sanggup nak bagi dia tunggu aku lama2. Silap2 aku jadi lagi mengada-ngada kot. Kuang kuang kuang...............

Nurse-nurse kat situ bagi layanan yg elok kat aku. Aku tak duduk kelas 1 sbb tak de kelas 1 kat sana. Tapi, wad berapa pun aku tak kisah, janji aku tak sorang2 menanggung sakit apatah lagi hubby tak de kat sebelah. Hmmm... kontraction masih berterusan. Letih, aku terlelap sekejap. Dan bila sedar, Abah dan MAk dan adik2 ada kat hujung kaki aku, siap leh kutuk2 kaki aku yg bagaikan disengat tebuan tu. Ceehh....!

Mak decided nak tinggalkan Kimi di umah. Tolong uruskan apa yg patut. Kimi boleh masak sikit2 so bolehlah dia sediakan makanan untuk aku. Dalam pantang, tak sedap pon tak pa kannn...? HAHAH....

Family aku balik tanpa sempat tunggu aku bersalin. Sebab esoknya Linda and Alang ada kuliah, dan Mak ada kelas tambahan. Tadahal la Mak. Malaysia Boleh! Hubby pun balik jugak. DIa sambung kijo kot. Tapi dia akan dtg balik bila aku dah masuk labor room.

3 jam kendian, sakit itu datang lagi. Bubur kacang hijau ada kat depan aku. Jamah sket. Pastu sakit lagi. Dah takleh nak jamah dah. Idah (patient katil depan aku) dah tak de kat katil. Dia dah kena masuk labor room sbb dah terbukak 4cm. Nurse dtg gtau aku, kalau sakit jalan sikit pi depan, nak 'seluk' skali lagi. Kalu terbukak 4cm, baru leh masuk labor room. Aku cakap "Baik Misi..."

Nurse-nurse kat situ suma cam heran tgk aku. Dah le bini navy, umah dekat HATL, apasal pulak mak buyung ni bersalin kat Hosp. Manjung? Kan ke dekat lagi HATL tu, depan umah dia je. HAHH.... AKu sengih je. Suka ati aku lah. Aku yg nak beranak kan. Tapi, sebenarnya ramai je bini navy bersalin kat Hospital Manjung. Aku suka nurse2 nya siap leh borak2 ngan aku, membuatkan aku lupa sakit nak bersalin.

Jam 4.30pm, aku jalan gi kaunter, cakap sakit ni dah makin kerap. Nurse check, dia kata dah terbukak 5cm dah. Aku dah bleh ready-readykan diri untuk masuk labor room.

"Awak dah leh call husband soh dtg. Dia bleh teman awak di bilik bersalin for moral support." Nurse tu gtau.

Mak ada bekalkan aku telur ayam kampung dan madu lebah asli. Dia pesan, sebelum masuk labor room, makan dulu telur ni, mentah2 campur ngan madu. Ini bagi memudahkan bersalin. Nak gtau, air selusuh pun aku tak minum. Aku hanya baca doa selusuh je berkali-kali. Pastu, doa2 lain tu aku main cakap Bahasa Melayu je. Tak de dah doa payah2. Dah mmg mission berdoa tu doa kpd Allah kan. Hati aku masih lagi tenang. heran jugak, apasal aku tak cemas. Bukan ke time ni patut rasa cemas ke?

Apa rasa telur ayam kampung? Hmm... makan mentah? actually, telur tu bila campur ngan madu lebah asli, tak bau apa dah. Aku telan slamber je, rasa manis melecaihhhh!!!! Haihh... Nak terkincit aku minum. Hahahahhaa...

Bila masuk labor room, Bidan yg bernama Komala yg menguruskan aku. Baik sungguh dia. Dia bagi briefing macam mana nak meneran dgn betui dan apa yg aku perlu buat. Aku tak rasa takut lansung bila dgr dia bercakap.

"Contraction tu mmg sakit, dan u akan sakit selagi u tak beranak. But, contraction is good to help u bersalin. Bila sakit, u teran OK. Kalu tak sakit, jgn teran. "

Sementara nak tunggu terbukak tu.... ada la gas untuk disedut bagi membantu aku menangani kesakitan. Hubby dah sampai dok sebelah aku. Borak-borak kejap. Mata aku dah stim ngan gas tanpa kusedari. Di minit-minit terakhir, aku minta hubby gosok2 sikit pinggang aku sbb aku rasa sakit yg teramat.

Tetiba, aku rasa nak meneran. Masa tu aku dok mengiring ke kiri. Memang confirm nak teran punyo. Hubby panik. Dia takut aku jatuh katil je. Komala masuk dlm bilik dan dia check, then dia minta hubby keluar sbb aku dah nak bersalin. 'Seluk' lagi satu kali.... Sudah buka 8cm. Komala bagi semangat lagi suruh sabar. segalanya lancar. Rahim aku lembut, dan tinggal 2 cam lagi baru kepala baby leh kuar. Kalau rasa tak selesa nak telentang, boleh mengiring. Dia panggilan doctor.

Doctor bernama Dr. Thomas. seperkara ttg doc ni, beliau mengingatkan aku kat Nesan. Haha.. mukanya nak sama, cuma doktor ni lebih hensem. hah, menyampah2 kat Nesan, skali doktor nye dpt muka cam dia. Hamek ko!

Sakit nak meneran sudah tiba lagi. Jam menunjukkan pukul 5.45pm. Labor room tu dah penuh dgn org, aku pun konpius yg mana satu doktor bertugas, yg mana tak bertugas, yg mana satu MA, mana satu misi... Aku kira ada la dalam 5 org dalam labor room aku tu. Suma dok bagi semangat. Yg aku kenal Komala ngan Dr. Thomas je.

"Ok.. good. Ok... good.... Sikit lagi. Dah nampak rambut dia dah. Teran lama sikit... Baby awak tersangkut kalu awak teran sekejap2..." kata Komala. Masa tu aku rasa dah lama sangat aku teran. Ntah berapa kali push dah. Aku rasa ada problem sbb diorang dok ckp2 apa ntah aku tak paham. Pastu, diorang pasang besi untuk aku letak peha aku kat atas tu, so lebih senang aku nak push.

Heemm.. memang senang nak push sbb aku takleh nak pegang peha aku sniri sebenornya. Aku dah lupa sakit suma, yg aku tau nak push je BILA SAKIT DATANG. Ada sorang Doktor hensem datang dok belakang aku, pangku belakang aku so that I can push more. Aku lak meneran ngan mata tertutup dan siap ketap2 gigi lagi. Geram pulak rasa bila teran tak kuar2.

"Nah. Gigit kain ni." Suara seorang lelaki yg memangku belakang aku muncul sambil tangan dia sumbat kain kaler hijau dalam mulut.

Aku pun gigit la. Membantu jugak. Tetiba je, aku rasa lain macam dalam mulut aku. Ape menda lak kasar2 nih?

Rupanya, tu serpihan gigi geraham aku yg pecah dek meneran penuh perasaan. Huuuu.... aku dpt rasa ngan lidah aku gigi aku dah rompong. Serpihahan tu berterabur kat kain yg aku gigit. Sempat lagi tu aku kutip gigi tu letak sebelah mesin ECG.

"Ape tu?" Dr. Thomas yg berdiri depan aku (depan tempat baby nak kuar ye....) tanya dengan muka heran.

"Tu gigi saya doktor. Gigi saya pecah, jatuh atas kain ni..." Dengan mata stim, letih, masih lagi slamber memberi jawapan, diikuti ketawa kecik org2 yg dok dlm bilik bersalin tu sekali.

"Teran sampai patah gigi? Tak cukup kalsium hang ni. Takpa, demi anak." Kata sorang misi tu sambil sengih. Aku pun sengih gak. Tapi, sambung balik teran.

Last nya, aku dah tak larat. Maybe laughing gas tu buat aku lemah kot. Sorang lagi doc masuk, kali ni doc pompuan. Betul la doc pompuan ni mmg agak kereks sket, tapi aku tak dulik pun. Dia soh bawak masuk vacum sbb baby dh lama sgt dah tersekat kat pintu. Nampak kepala sikit je. LAgipun kepala baby ngadap ke bawah. So, dia takleh napas.

Mendengar kata 'baby takleh napas' tu lah aku jadi kuat. Tetiba lak rasa sakit nak meneran tu dtg. Aku teran lagi , kali ni full swing punya teran dah. Suara-suara 'penyokong' dalam bilik bersalin tu buat aku tau yg apa yg aku buat tu betul (I mean cara teran aku tu betul sbb baby tu kuar...) Diorang gosok2 skali perut aku to help the baby out.

Aku rasa panas semacam. Doc pompuan tu tarik something keluar dan masa keluar tu, keluar jugak skali rasa sakit. Doc letak anak aku atas perut. Tapi dia tak berbunyi, and dia berwarna BIRU. Badan dia panas. Mata aku yg kabur2 dek pening stim gas tu masih nampak yg diorg tgh masukka tiub dlm mulut anak aku. Nak sedut lendir2... Then pastu, baru dengar suara. Sikit je nangih. Pastu dia diam. Bidan angkat anak aku, tanya "Tgk ni. Laki ka perempuan?"

"Perempuan..... "Lemah aku jawab, ada rasa nak nangih. Tapi tak nangih pun. Dia letak balik anak aku atas perut. I held her and called her nama for the first time - AUNI.

"Auni, Ibu mintak maap. Kesian anak ibu...."

Pastu aku dengar dia nangih then akak misi telah mengambilnya daripada aku untuk dibersihkan. Aku ditinggalkan dalam bilik bersama Dr. Thomas dan Komala bagi kerja-kerja 'pembaikpulihan' bahagian yg tak baik. HUUUuuhhhuuu.....

Selepas daripada tu, kehidupan aku dah tak sama mcm selalu. Seronoknya bila memandang anak yg aku lahirkan dengan susah payah. Alhamdulillah, Allah perkenankan doa aku. Masa hari lahir aku, aku berdoa agak Auni lahir segera. Dan aku pernah mendapat mimpi sehari sebelum Mak dtg, yg aku akan bersalin bila Mak dan Abah ada di Lumut.

Auni lahir 2 hari selepas hari lahirku. Lahir dengan penuh ketenangan, dan dilimpahi kasih sayang semua. Seperti namanya, Auni... yg bermaksud Ketenangan ku.

You are finally here with me.....

Ayah and Ibu love you so much.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram