Followers

20 Aug 2009

20-08-2009

HAPPY BIRTHDAY TO ME.......

AND



HAPPY ANNIVERSARY TO US

Sudah berusia 26 tahun rupanya aku. Hmm... apa yg aku dah buat sepanjang tahun ni?

Kalau tahun lepas, aku berjaya mencapai misi - nak kawin di usia 25 tahun, pada tarikh yg aku mimpikan 20-08-2008, tahun ni aku bakal mencapai misi seterusnya, untuk menjadi seorang ibu.

Ya... di hari lahirku tahun ini, aku sedang menanti kelahiran puteri sulung kami dengan penuh debaran. Alhamdulillah.... Semoga semuanya dipermudahkan, InsyaAllah.

Tetiba Abah cakap nak dtg pulak hari ni. Itu hari cakap nak dtg 25hb. Hmm.. dia kata dia nak sambut besday aku kat Lumut. Beria-ia benar dia nak sambut kali ni. Elok jugak. AKu pun dah lama tak jumpa family. Tengah tunggu diorang sampai la ni. Jumpa kat KFC Setiawan kang. Aku pesan supaya diorang bawakkan barang2 yg aku tinggalkan di kampung hari tu, memandangkan aku akan berpantang di Lumut.

Actually, nak pantang kat mana pun tak sure sebenarnya, tapi hati aku ni kuat sungguh mengatakan yg AKU PATUT PANTANG KAT LUMUT. Aku tatau kenapa, tapi biasanya aku punya gerak hati tu kuat dan aku biasanya folo je apa yg hati aku kata. Well, selalunya tidak mengecewakan....

Cayangku Auni... bila nak keluar ni. Kesian Ibu.... Semoga anakku sihat walafiat. Ni tgh gerak2 nih. Haih...~

2 hari lagi nak posa.
Kepada seluruh umat Islam khasnya pembaca blog aku, SELAMAT BERPUASA. Semoga dapatlah korang posa penuh tahun ni. Yeyeyehh...

Aku? COnfirm la kena ganti posa pasni. Aiyaaa...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram