Followers

19 Jul 2009

CATATAN RINDU ~~ Kisah mak buyung yg keseorangan.

Another week passed by... Leaving me, alone. I'm missing him. I do , really. There's nothing I want more than his existence here with me.

Aku baru je selesai solat Isyak. Aduhai, solat kali ni, aku nangih lagi. Tengah2 sujud, wajah asben ku terbit. Walaupun perit tahan rindu pada suami, tapi rindu isteri pada suami kerana Allah Taala..... menjanjikan syurga buatku di atas segala korban jiwa yg aku buat ni. Untungnya kahwin ni, semua menda yg kita buat, dikira pahalanya. Apa saja yg aku buat demi asben, dengan adanya redha si dia... segalanya mudah bagi aku. Walaupun kehidupan aku tak macam org lain, aku masih lagi dilihat gumbira tanpa gundah... lebih bahagia daripada org yg ada segalanya.

Kenapa jadi mcm tu?

Jawapan nye.... REDHA.

Kalu takde rasa redha dalam jiwa, stress akan datang. dan masa tu mula lah konflik. Konflik ni memacam jenis. Dan konflik ni jadi teruk, bila setan datang tambah api. Tatkala tu, mulalah jadi kes ungkit mengungkit sbg contoh "kenapa asik saya je kena buat menda ni?" , kes banding-membanding misalan " cuba tgk si peah tu... suami dia romantik aje! tak macam awak." dan juga kes mencari salah pasangan tak pasal-pasal.

All of those will lead us to unending fight.... walaupun sebenarnya kita taknak gaduh, tapi sbb ada unsur2 cam ni lah yg boleh jadi salah faham, tarik muka... mencari kelemahan masing-masing. Pastu, bila dah gadoh , habih cter zaman dulu pon leh kuar. Sudahnye, gaduh, rajuk, syak wasangka..... pastu bila time nak minta maaf, masing2 berat mulut. Kalau yg rajin mintak maaf pulak slalu je ckp "apsal asik aku je yg minta maaf. apsal asik aku je yg beralah..." Lepas tu, bila masalah tak selesai, kepala sakit, stress, jiwa kacau dan mulalah mempersoalkan "kenapalah aku diuji sedemikian rupa........??"

Pada sesiapa yg rasa dirundung masalah seperti di atas, aku takleh le kata aku terer dlm explain menda camnih. Aku tak rasa aku bagus. But, aku yg menulis ni, melalui setiap detik... Dan aku akui nak idup bukan senang. Di zaman yg serba mencabar ni, manusia kena belajar beralah dan menerima apa yg ada. Kalau tak kena, cuba ubah. Kalau takleh ubah, blah je. Ingat, setiap menda yg kita buat ada risiko.

Aku? Aku tau, pilihan aku berisiko. Kata org, kawin ngan Navy ni bahaya. Gatal... Banyak pompuan... Sosial... suma negatif bagai. Tu tak termasuk ngan ancaman kena tinggal lama oleh suami, sbb tugasan. Dan semasa tugasan pun, suami tu leh je wat menda tak ketahuan kat belakang.

Well.... sampai camtuh skalinye kutuk encik navy aku. HAHAAH... adatlah. Takyah le nak ckp Navy. Takyah jadi Navy pon leh gatal pe. Driver lori pun bleh, pekerja bank buleh.... menteri kabinet pun buleh... penjual goreng pisang pun boleh juge! Toksah tgk jejauh, tgk kawan opis kite kat sebelah pun, leh je gatal ngan org lain sedangkan bini dia kijo satu tempat ngan dia. So, adakah kerana pekerjaan , manusia leh jadi gatal?

I took my chances. And, yes.... aku diuji dgn duduk jejauh ngan asben. Lumut - KL. Dan, aku tinggal di KL BERSEORANGAN, tanpa sesiapa pun temankan aku. Aku gi kijo sendiri, dengan kereta suami sediakan untuk aku. Sebelum ada kereta, aku naik moto. Suma buat sendiri. Kereta rosak, sendiri bawak repair. Jamban rosak, sniri handle. Cuma kalo lampu siling tak nyala je dan ada menda2 yg aku takleh buat, aku minta tolong kengkawan atau jiran. Takpun, aku tgu je asben balik soh dia buat.

Aku pregnant tak lama lepas tu. Dan masa awal pregnant, aku gilir2 ngan asben. Ada masa aku drive, balik Lumut jumpa dia. Ada masa, dia lak balik KL jumpa aku. Naik bas. Tapi, hanya pada hujung minggu dapat jumpa. Dan sepanjang masa kehamilan, aku uruskan sniri diri aku. Sedih, sbb asben tiada di sisi masa tgk baby dalam perut bergerak buat kali pertama masa scan di bulan ke-5. Sakit, demam, semput, sakit betis, kejang, muntah , pitam..... You name it. He's not here, to share the moment. Aku kuatkan semangat, demi kasih sayang aku. Aku kawin kerana cinta, dan sebelum aku pilih dia , aku dah pun tau yg aku bakal berhadapan dengan menda2 macam ni. So, aku tak kisah. Sbb tu la aku slalu cakap... LOVE MAKES PEOPLE DO CRAZY AND UNEXPECTED THINGS.

Orang sekeliling nampak aku cool je. Ramai juga yg susah hati. But, I carry myself well. Cuma, ada masa aku teramat letih dan sakit, aku kerap MC. Tu jelah ketidakseronokan yg aku alami. Setiap hari, aku sms asben. Paling sikit pun satu je di malam hari masa nak tido. Cukuple sekadar "Gud nite Cyg..." Tujuannye, nak gitau dia yg aku ni sihat lagi dan ingat pada dia.

Kami jarang call. Sbb, takde menda nak ckp sangat. Biasanya kami ber sms je. Ada time sms gurau2. SMS pun simple2. Takde pun tanye kabar ke apa. Suka ati jelah nak sms pasal apa pun. Kengkadang, sms pun main hantar simbol2 je. Saje ngabihkan duit bayar bil kan? Asben jarang tanye kabar. Dia tak penah tanye "awak apa khabar?", "awak sihat?" dan seumpamanya.... tapi, dia tetap sms. BIasanya, aku je yg sesaja gtau keadaan aku kat sini. Takyah dia suruh pun.

So........................

Takyah le terasa hati, kalu pasangan anda tak tanye khabar anda. Takyah terasa hati kalo pasangan anda bagi respon cam cipan bila kita pulun antar sms. Ada time tu, menyirap je bila trima balasan sms dari si dia yg berbunyi "ntah, papo jelah..." suma msg tu pendek2 belaka, tak sama taraf ngan sms berjela yg kita antar. Aku dah melalui menda camtuh. MEmula-mula-mula, aku bengang juge. Mmg leh wat gado. Sbb aku rasa aku ni diabaikan. Tapi, itu adalah mereka. Mereka adalah lelaki. Takleh nak ubah soh diorg ikut cara kita. Maybe bleh ubah jadi sensetif dan peka, tapi boleh SIKITTTTTT je.

KAlau dia tak sms lansung, jgn le amik hati. Kalau dia hari tu tak bercakap sepatah, anggap je lah dia tgh berfikir. Jgn diganggu. Redha... di hati mesti kena ada. Rasa ikhlas berkasih sayang, tu pun kena ada jugak. Kalau tak, payah le. Dah namanye perempuan, kenalah beralah. Jgn disebut pasal ego. Lelaki dan ego, mmg takleh nak wakpe. BUt, pompuan pon ada ego. Cuma cara macam lain la. Toksah le marah2 kalu dia taknak mintak maap ke hape.... Buat bodoh je. Satu je cara taknak bagi hati semak kalau berhadapan ngan lelaki yg ego terlebih ni, buat bodoh je. NAk tau kenapa...?

Kalau perempuan, menangis atau pun mengada-ngada lebih sbb nak kan attention... LELAKI PULAK GUNAKAN EGO DIA UTK DAPATKAN ATTENTION AWEK DIA. SO.... kalau awek dia dok mengongoi je marahkan dia sbb tak kasi attention, dan mamat tu lak buat tatau je and then awek dia kata "EGOLAH AWAK NI, SUSAH SGT KE NAK TUNJUK KASIH SYG AWAK TU???" maka TING!!!!!!!!!!!!!!!!! LELAKI ITU SUDAH SCORE seploh markah di situ. Ego menang. Nangih2, KALAH. Booooooo..............!~

So, blajar buat tatau je pasni OK.

Aku sudah tinggal sebulan lagi nak bersalin. Dan aku masih lagi sorang2. Ada sesetengah org yg mengeluh stress, tak berani nak cakap kuat2 depan aku sbb aku ni lagi layak kot nak stress berbanding org lain. Aku tak pernah sekali pun menyesal dgn keputusan aku. Aku masih berdiri dan dgn bangganye tersenyum , aku leh survive. Aku leh pi mana dan buat apa je yg aku suka sekalipun tiada suami di sebelah. Tak ada dia di sebelah aku, tak bermakna dia tak syg dan tak amik berat pasal aku. Dan, ada masa hatiku terganggu.... dek emosi yg tak terkawal, aku tak pernah sekali pun mempersoalkan "Kenapa Tuhan uji aku begini..." atau " Kenapa asyik aku je yg kena uji macam ni..."

Sebab.... aku rasa aku tak layak nak cakap camtu pun. AKU YG PILIH MENDA NI. dan aku kena harungi juga walau macamana susah pun sbb ini adalah apa yg aku pillih. Kalau aku takut, dah lama aku back off.

Doa dan redha asben kat sana, buat aku selamat kat sini. Ada masa, aku rindu sampai tetiba menitik jugak le air mata ni. Atas tikar semayang tu, lunyai dah dgn air mata. Bukan menangisi nasib, tapi sbb rindu tak terkata dah. Tapi, pesan ustaz2, nangih time solat nih bagus. Doa selalu terkabul kalu mintak sambil nangih. Tak kisah la nangih sbb apa pun. Tau apa aku slalu mintak bila doa?

Ya ALLAH, kuatkan lah hati aku. Teguhkan jiwa aku. Sihatkan aku dan anak yg aku kandung. Mudahkanlah perjalanan hidup aku. Sesungguhnya aku redha dengan apa yg kau beri. Aku bersyukur di atas nikmat kehidupan dan kasih sayang yg kau bagi. Jauhkan lah aku dari hati yg hitam. Jernihkanlah wajahku supaya org tak susah hati bila terpandang wajah aku.

dan pada suami aku doakan keselamatannya dunia dan akhirat. Sihatkanlah tubuh badannya utk mencari rezeki. Kuatkan lah jiwanya... tingkatkan kesabarannya. Teguhkan Imannya. Dan permudahkanlah segala jalan untuk dia dalam mencari redha-Mu.

Ku pohon redha-Mu. Bantulah kami. Lindungilah kami dari fitnah dan panahan mata org yg jahat. Dam berilah kami rezeki yg tidak ternampak di hadapan mata kami. Amin~

Kalau dah duduk sengsorang, dan semuanya kena buat sniri.... Jangan la rasa sedih. Skang ni zaman teknologi. Leh men fesbuk bagai. Dan bila hati tgh sedih, mengadulah pada-NYA. Lepas tu, baru mengadu kat balai polis yg berhampiran!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram