Followers

28 Jan 2009

Finally I see you...

Hari ni aku buat scan di Poliklinik An-Nur, it is near from my house. Dah lama dah niat nak check kat Dr. Asiah. I've met her once, for my treatment. Tak ingat sakit apa. But, all i could remember was her gentleness and her willingness to listen. Situasi biasa bila jumpa doktor, aku takut nak bagitau apa sakit sebenar aku. Walaupun aku mmg pergi klinik sbb sakit, tapi bila sampai depan doktor, aku lupa kat mana sakitnya... HEEHE.

Sebagai seorang isteri hujung minggu, yang mana aku berulang dengan kekerapan 2 kali sebulan, selang 2 minggu, aku dalam dilema nak wat antenatal check-up kat mana. Lumut atau KL. Akhirnya, aku daftar di Hospital Angkatan Tentera Lumut. Bila difikirkan, agak sukar juga nak berulang bila ada appoinment dengan doktor. Bila ada appoinment je, aku nak kena pi Lumut, amik cuti. Penat.

Masa aku buat first check-up, aku kena masuk wad. Gara-gara tersalah tarikh akhir datang bulan. Scan memang le tak nampak. Dah kecik. Tak pasal-pasal aku kena buat vaginal scan. Sadis! Tu la pengalaman pertama yg aku tak akan lupa sampai bila-bila.

Second check-up, masih tak nampak. Aku check di Lumut juga. Doktor set kan appoinment ketiga, 3 minggu kendian untuk scan sahaja.

Untuk scan, aku rasa elok aku buat di klinik sahaja. AKu nak buat dgn Dr. Asiah.. Doktor yg lemah lembut tu. Aku nak tanya dia macam-macam. Ada banyak soalan nak tanya. KAlau doktor kat hospital gomen ni bila ditanya, dia tak berapa mesra alam. Asyik nak emo je. Silap-silap aku plak kena marah sebab terlampau bodoh, tanya soalan-soalan tak sesuai.

Hmm.... scan tadi, terus nampak. Walaupun nampak kecik, tapi nampak ler. Ada jantung, kecik je. Kata Dr. Asiah, baby aku 18mm. Asalnya, aku pergi hari ni just nak fix appoinment hari Sabtu, aku nak pegi scan dgn suami tersayang. Tapi, dah dia nak scan hari ni, aku pun teruja jugak la. Tak kisah, janji ada dalam rahim aku. Bersyukur yang teramat!




Dr. Asiah bagi aku kalsium. With her, I could tell her my dilemma. Dilema Lumut dgn KL. She provided me with a good answer, yg melegakan hati aku. And she even printed the first picture of my baby!!

And before I went out from her room, she asked about my husband's return to KL this weekend. She offered to scan me again, in case my husband wants to see for himself. Entah kenapa, aku rasa happy sangat dgn offer tu. Aku rasa doktor yang scan aku ni pun tumpang seronok dengan kehamilan aku ni. Hahaha....

I will go there again. Tak sesia la bayar mahai sikit pun, tapi aku dapat apa yg aku nak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram