20 Apr 2014

Founder HKCC sudah meninggalkan Lumut


Assalamualaikum wbt. 



MEnarik nafas dalam , beriltizam mahu menulis satu entry hari in setelah sekian lama menyepit. 

EH?

Menyepi.....


Sebenarnya aku hapdet je kat FB. Cuba nak berblog tu, lambat sikit. Nak buat blog walking pun dah tak sempat. Ada beberapa perkara annoying la blog walking sekarang ni. Zaman blog dah tak sama macam dulu tau. SKang new bloggers misinya lain. Bukan menulis untuk MENULIS. Tetapi menulis untuk mengejar traffik dan wang. 

So , asal aku bukak blog nak membaca je, mesti ada kuar iklan yg suruh LIKE , suruh picit iklan dan suruh memacam la. 

MEmandangkan aku dah 'kaya' skang, jadi aku tak de dah la memaksa-maksa org LIKE dan bukak blog aku berulang kali. 
Realitynya, nak duit, ko kena kerja bersungguh-sungguh. 
Kalau kau memilih nak tulis blog, ko tulis la belog bebetui. Niat kena jaga. Ko tulis blog citer pasal hal dalam kain baju org, maka tanya sniri ye rezeki duit tu halalan toyiban atau tak. 

Ingat, org lain melakukan dosa. Itu natural , fitrah manusia. Allah sentiasa buka pintuu taubat dan berusahalah kita mengejar pahalanya. Membongkar rahsia dan aib org takkan buat kita nampah seperti ahli syurga. Kita tetap takde lesen besar utk boleh sebar cerita bukan-bukan pasal org.

OK.. nasihat aku dari blogger yg hampir monopos ni. 


***


Makbed nak buat entry khas.

Untuk BFF aku yg sorang ni. 





 

Tak kenal founder HKCC?
 
 
Niiii dia.



Haida yang dulu-dulunya aku gelar Tukang Urut Diraja , yang kemudiannya dah kami di team HKCC panggil Kak Bos sudah pun berpindah dari LUBUK yang menjadi lokasi lahirnya HKCC. 

Di 'lubuk inilah segalanya.

Haida dah bertukar ke Kuantan mengikuti suaminya yg ditugaskan di sana. Insyaallah, business bertambah baik di bawah tadbirannya. Team HKCC semakin berkembang dengan bertambahnya bilangan stokis dan agen seluruh negara. 
Alhamdulillah, sebagai sahabat dan jiran yg menyaksikan usahakanya tanpa jemu, Haida berjaya dapat apa yg dia aspirasikan. 

Aku lebih dulu tinggalkan rumah ini.
Block C14, PAngkalan TLDM Lumut, Perak.
Almost 3 years already. 
Dan kemudian Haida pulak tinggalkan block keramat ni.

Maka sunyilah Hantu Kak Limah. 
Dah takde orang nak kacau. HAHAHAHH~
KAlau dulu, setiap malam kami berdua akan terbau kek hangit entah dari mana datangnya. Sampai sudah kami tatau sapa punya kerja. 

Ralatnya aku, ketika beliau berpindah , aku tiada nak membantu. 
Masa aku pindah tahun 2011 , Haida buatkan jamuan kecil-kecilan di tempat parkir untuk dinikmati anggota yg membantu mengangkat barang-barang. Dan juga djamu pada rakan-rakan yang datang menziarah. 
Itu mmg HAida. 
Dia ni jenis yang suka bersedekah. 
Sedekahnya diam-diam sahaja. 
Aku tau la ..

 


 
 Ini salah satu masa dia buat makan-makan kat rumah. Sekitar tahun 2011.Wawan kecik lagi.
NurKasih dan suami datang makan lunch. 
Masa ni Nur Kasih baru kahwin. Belum ada anak lagi. HEee..
Tapi skang dah anak sorang pun, badan dia tetap sekeping macam tu. Ajaib kan?


Masa ni HKCC belum wujud lagi.


Ini aadalah di masa kami masih mencari siapa diri kami dan apakah tujuan kami sebenarnya hidup di muka bumi ni. 
Wahhh... ~

Aku masih merangkak-rangkak bersama menjadi perancang kewangan. Masih menuntut ilmu. Masih 'comel'. 
Kak Bos lagi laaaa!
Siap peluh-peluh.
AHHAHAAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAH 
Ni teman dia main bola jaring untuk BAKAT. 
Aku memang tak berBAKAT apa pun. Kaki pengkaq. 







 Di mata aku, yang aku tengok dia memang bekerja keras. Yang belakang mata aku, aku tak nampak.
 Tapi aku tau, betapa dia bersungguh-sungguh. 
Kalau dia tidoq pulak, memang lagi bersungguh. 
Takyah citer banyak apa usaha dia. 
Tapi, aku lihat hasilnya. 
Orang takkan tanya tentang kesusahan dan onak duri. 
Oang hanya tengok RESULT. 

Takmo tulih banyak-banyak satgi hangpa kata aku dok mengagungkan dia plak. 
Nih aku tulih lelebih ni pun satgi dia sure meleleh ayaq mata baca entry aku. 
Insyaallah, bila ada izinNya, Stokis-Stokis akan dikumpulkan dan kita akan lihat bagaimana satu bisnes yg begitu kerdil ini boleh mengubah jatidiri supaya tidak hanya memandang ke depan dengan  menjadikan kekayaan sebagai sasaran, tetapi juga mengubah minda menjadi lebih kaya dan berbeza sedikit daripada orang lain di samping memelihara hubungan ukhuwah sesama kami sehinggalah kami ni rapat bagaikan dah lama kenal. 

PAdahal, muka pun taktau sapa. 
Kenal kat pesbuk je. 

Aku ni..
Lagi la..
Tetiba je ada org mesej..

"Makbed, saya *** , Stokis kawasan *****. Saya nak buat insurans laaaa...."


Pejuang Takaful bersama PruBSN Takaful adalah kerjaya professional aku. 
HKCC adalah network terbesar yang turut sama menyumbang kejayaan dalam kerjaya profesional aku sendiri.  Aku tak mau cakap pasal orang lain. Of course aku cakap pasal diri aku dan experience aku saja.
HKCC menemani aku di setiap langkah.
AKu travel, tak pernah tak bawak kopi purple tu. 
MAlah ada antara client-client aku turut sama beli HKCC dan jadikan itu minuman harian. 
Kopi, siapa lah yg mampu tolak kan?

Bayangkan , dah berapa aku tak menulis di sini. Itu pun sudah cukup jelas betapa aku ini dah terlalu bertepu dengan aktiviti. 

Aku masih belum ketemu Haida sehingga kini.
3 hari sebelum dia pindah, aku hanya wasap je. 
Sungguh, aku rindukan rakan aku yg seorang ni.
 PAdahal, dalam wasap tu keje bergaduh je. 

Yeah..
Aku dan Haida memang BFF tapi, kami berbeza dalam beberapa aspek. 
Minat pun tak sama. 
CAra bercakap pun tak sama.
Tapi, kami hormat antara satu sama lain.
Our difference works well when we are together.

Pun begitu, aku takkan lupa jasa baik dia kat aku.
TERLAMPAU banyak. 
TAk terbalas rasanya.
Allah sayangkan dia. Aku yakin Allah akan mudahkan setiap urusannya di dunia dan menyenangkan dia di akhirat kelak. 



Si Sepet dan Si Mata Bulat. Nampak? Kami memang tak sama
 


Aku teringat macam-macam di zaman duduk rumah Lumut tu. 

- Masa semua pakat keluar kem sebab amaran tsunami. Berkampung kat KFC Pantai Remis. Itu memang kelakar abeh. 

- Masuk umah tak ketuk pintu amik bawang,kicap, sos tiram... Tumpang peti ais. 

- Masa aku sarat mengandung tu Haida memang emosi tak stabil masa tu. AKu tak larat nak turun bawah, aku paksa dia naik menangis kat atas. AHHAHAHAHA~ 

- Dia jaga aku sepanjang tempoh bersalinkan Wawan. Entah berapa kali aku menangis sebab tetiba angin meroyan naik kepala. HAida la yg tolong pujuk suruh ingat Allah tu ada. *ok ni sedeh. 

- Dia juga uruskan Wawan start dari Wawan halus dalam perut aku, sampai dah keluar . Basuh, tanam uri, cukur rambut Wawan. Dan jaga Inche Kitchi yg masa tu pulak kena demam campak. 

- Dia heret aku soh cuba HKCC jugak-jugak  dan tak bagi aku minum dah skepe. PAKSA aku jadi stokis. Akhirnya aku terpaksa jadi wanita sibuk. 

-Aku ingat lagi rumah dia ada 2 remote Astro. Tapi satu je TV. Dia kata, dia laki bini memang selalu bergaduh kalau nak tgk tv. JAdi tu pasal ada 2 remote. Oh... HAida suka tgk Channel Sukan. HAHAHA... 

- Korang nak baca citer aku ngan dia sebenarnya banyak je dalam blog. HAHAHAH~ Siap gambo. 


MEsej Haida sebaik selepas 3 hari aku pindah.



So, camana progress bersama HKCC? 
 



2011 to 2013
 
Oni dan Wawan 2 tahun lepas






Alhamdulillah...

HKCC masih lagi minuman kegilaan. 
It is amazing when this coffee still at the top of my choice. Dalam tas tangan ..huyohh, tas tangan ek sentiasa ada HKCC, 


Sekarang, HKCC sibuk mempromosikan set zuriat. 

 

 Boleh check FB Page HKCC dan dapatkan kopi anda sekarang!!!




Kami bertiga baru-baru ini.

Rumah Kelamin Pangkalan TLDM, Lumut itulah tempat segalanya bermula. 
KErjaya sebagai Pejuang Takaful pun di situlah lahirnya. 
Pernigaan bersama Haida dan terbentuknya HKCC , situlah lahirnya. 
Air mata, air hidung, air peluh dan segala air semua kat situ. Eh?
 
Meski aku dan Haida berjauhan kini, aku di Alor Setar dan dia di Kuantan, hubungan kami tetap utuh. JErit pekik dia dia whatsapp group bersama rakan-rakan lain bagaikan di sebelah telinga aku je. 

Semoga Haida lebih berjaya di tempat baru, di samping suami tersayang. 
Dah keluar dah lori sebijik bagi memudahkan urusan pengangkutan HKCC yang semakin banyak. 
Aku tak mampu nak angkut dari Kelantan biarpun aku bawak Ochobot. 
Haida begitu memahami komitmen aku dengan tugas aku yg lagi satu. 
Terima kasih. 

Aku doakan segalanya baik di bawah lindungan Allah. 
Semoga silaturahim dipelihara. 
Semoga kasih sayang sentiasa ada. 
Semoga rezeki bertambah sesama kita. 
Semoga apa yg didoa dikabulkan hendaknya. 
Semoga yg berniat baik , kekal baik niatnya. 
Semoga yg berniat serong, terpadam kehendaknya. 
Lindungilah sahabat aku dan yang lain-lainya.

Sesungguhnya mereka ini orang yang taat padaMU. Berjuang di jalanmu. Kekal menjadi suri yang solehah di samping Imam mereka. 
Bantulah kami Ya Razaq.





Makbed ,semalam


Makbed akan kembali bermastautin di Manjung tidak lama lagi. YAY!
Sedang rancak menjalankan aktiviti recruiting untuk meluaskan empayar Pejuang Takaful. 

Nak join?

 


24 Feb 2014

Haaa!! Makbed menulis seketika.


Bismillah...




Alhamdulillah. 

Laptop dah kembali sihat. 
Internet pun dah kembali OK sejak MAghrib tadi. 
Baru la berahi sikit aku nak menaip. 

NAk cakap BZ kang korang muntah plak.
Tak de mende lain kuar dari mulut dia..Bz.Bz.Bz je.Nyampah. 


Hehehe..


Buat satu rekod pertama kali, bersama Ochobot.

Gi Kelantan balik hari. 


HApe?


Yeah....Gi Kelantan , balik hari. 


HAHAHAHHAH~


Gile?


Memang la. Nama pun Makbed. Bila masa dia waras?



Aku tak pi sorang. 
Disebabkan aku memang tak pernah gi Kelantan sorang, apatah lagi drive, maka aku bawak la assistant. 
Last aku gi Kelantan masa aku pregnant kat Oni. HAHAH... 
Stok HKCC memang nak kena amik, dan Haida minta tlg aku uruskan pengambilan. Kebetulannya aku memang ada kerja kat sana pun. 
Aku ajak Alang sekali temankan. 

Pukul 4pagi, gerak dari Alor Setar. Gelap-gelemat gitu. 
Rileks je jalan. 
Alang drive. 
Sampai Grik dalam jam 6.30 pagi. 
Haida tunggu aku kat masjid. 
Kami bergerak selepas selesai solat subuh.


Dalam perjalanan tu, Haida dah pensan dah. 
Punya penuh perasaan dia tidur. 
Katanya, inilah kali pertama dia merasa tidur dalam perjalanan naik bukit tu. Selama ni dia drive je. 
KOrang belum tgk dia buat Tokyo Drift guna Hilux naik bukit tuh tau. Aku memang kalah la kalau race dengan dia. 



 
 
 Aku pun berpeluang tidur-tidur ayam. TAkut lak nak tidur kang aku tak reti jalan balik plak.Lepas ni aku la yg nak gi melawat korang kat sana. Demi tugas, apakan daya. 



 Pandangan berkabus. Jam 8 pagi masa ni. 
Memang sejuk je. Takyah ekon. 


Berenti lagi. 
Lupa nama tempat ni. 
Petronas Jeli kot. 
Kuih limeh nye sedap woi. 
Silalah beli kalau singgah sini. 

NAmpak tak Kak Bos senyum, macam nak nangih je rupa dia kan?
HAHAHHAHAHHA.
 Nak wat camne mate kecik.


Pukul 11.00 kami udah sampai Kubang Kerian. 
Lepas siap kerja suma, kami pun balik terus. 
TAkde lepak-lepak dah. 


TApi singgah Bukit Bunga beli jajan dan hadiah untuk ONi dan Wawan.

Perjalanan balik , aku yang drive. 
HAHAHA~
Sangat terer rupanya aku memandu. 
Cuaca sangat panas. 
Aku tengok banyak pokok yang kering, malah rentung. 
LAgi best, time aku drive tu ada banyak pokok terbakar. 
Siap bomba datang padam api. 
Siyes 'perak' sat. 
Aku ingat kat Australia je ada kebakaran hutan. 
Upanya kat sini pun ado ye.....


Captured this masa kat Baling.


Nih jalan Grik-Baling kot. Hiway.


Ni Mek Oni. Sibuk je nak bergambor ngank kotak.


 Saya MAkbed yang terus berkhidmat. 








 Ochobot dah masuk servis ke 10,000.
2nd servis. 

Tahniah. 
BAru 2 bulan je ko dah merata pegi. 
Dan..

BAru hari ni Ochobot mandi kat spa tau. 
Tu pun spa murah je. 
Ari tu Kak Bos dah mandikan dah. 

Untung ko Ochobot. 




 25 Feb akan travel semula. 
Siapa yg dapat text makluman dari saya, bersiap sedia ye. 
Anda akan saya servis. 

Ginilah tugas seorang perancang kewangan yang aktif. 
HAHAHAH~

Kalau saya tak perkenalkan diri sebagai perancang kewangan, mungkin orang ingat saya driver lori. 
Dan sayalah driver lori paling kiut di muka bumi. 
Ihh...pasannyeeeee Ya Allah.


Saya semakin sibuk. 
Alhamdulillah. 

Doakan saya baik-baik sahaja.
Keluar bekerja demi keluarga kecil saya. 


15 Feb 2014

Telegeram dari Makbed


ASSALAMUALAIKUM...


MAKBED MENGALAMI MASALAH MENGHAPDET BELOG KERANA  LAPTOP ASUS KECINTAAN TU MELETOP DI PEMBUKAAN TAHUN 2014.

Sekarang, lektop tu sedang masuk pusat pemulihan, bagi memulihkan pusat otaknya.


So, Makbed malas nak apdet dan taip pepanjang sebab pakai lektop pinjam. Boleh lepas untuk buat kerja aje. Alhamdulillah .. dah bagus dah ni.


Bakal bermusafir lagi dalam masa beberapa hari lagi. So, aku pulun siapkan kerja dulu. Insyaallah, servis insurans Makbed akan diluaskan di sekitar Kota Bharu plak lepas ni. Maybe ke Kuantan sekali. So, sapo yg
banyak soalan nak tanya tu, leh roger Makbed. Kita sembang-sembang sambil minum HKCC yok!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...